Thursday, March 5, 2009
Story about>> ::..kisah setia seorang pencinta..::
Gadis : Eh sayang, kenapa sedih ni?
Lelaki : Sayang.. saya ada sesuatu nak tanya kat awak. (dengan wajah yang sugul)
Gadis : Apa dia?
Lelaki : Kalau saya ingin putus dengan awak, adakah awak akan melepaskan saya pergi?
Gadis : Itu tak mungkin.
Lelaki : Kalau saya nak pergi jauh dari awak?
Gadis : Saya akan ikut & bersama dengan awak.
Lelaki : Tapi kalau tak boleh?
Gadis : Saya akan tunggu awak.
Lelaki : Kalau saya mati?
Gadis : Saya akan selalu ingat pada awak.
Lelaki : Tapi untuk berapa lama?
Gadis : 1 hari.
Lelaki : Cuma 1 hari saja?
Gadis : Ya. Sebab keesokan harinya saya juga akan mati & awak akan dapat lihat saya di sisi awak selamanya.
Lelaki : Tapi kenapa?
Gadis : Kerna itu buktinya saya amat mencintai awak & tak rela awak meninggalkan saya.
Sunday, March 1, 2009
Story about>> ::..di sebalik keindahan pasangan kita..::
Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya. Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.' Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak..' (An-Nisaa: 19) Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. 'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125). Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah S.A.W menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami / isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya. WALLAHUA'LAM... ~seungkap kata~ KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI..
gift love today:
Tuesday, September 30, 2008
Story about>> ::..bukan sekadar lagu..::
Aku rela hidup denganmu.. Demi bahagiaHanya Tuhan bisa memisahkan kita
Dijaga & lena ku kuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu
Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu
Ku binakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah PERMAISURI
~ dear,ingat lagi x lagu ni? ni lagu yang dear bagi kat baby kan? baby sengaja letak kat blog ni utk tatapan umum..sekali gus untuk memori kita bersama..so,kalau dear rindu or ingat pada kenangan kita,dear bukak la blog ni k..mmmuaah,baby saaaayang dear slalu..~
gift love today:
Story about>> ::..cahaya mata hiasan keluarga..::

tp bg aku..aaaah,whuteva..yg penting org tu tulus menyayangi & bersungguh2..sume org nak dirinya dipercayai..jadi kenapa kita xleh beri kepercayaan itu pd org yang tulus seperti itu..right??!
aaahh,,sudeyy.aku bukan nak bahas soal itu.sbnrnya..aku teramat bahagia di saat ini kerna aku disayangi oleh seseorang yang bernama lelaki..wah..heheh,itu la word yg 'dia' slalu ungkapkan..lucu tapi menggembirakan hati..rasanya dah banyak yg kami lalui even perkenalan atr kami tu xlama sgt..but,apa yg penting is "WE LOVE EACH OTHER"..right my dear??
setiap org yg normal di dunia ni, pasti mendambakan kelahiran cahaya mata setelah berkahwin..sama jugak mcm aku & dia.. hm,baru2 ni 'dia' gtaw aku tentang NAMA ANAK2 yang 'dia' dah fikir lama..penuh penasaran gak aku..cheewah,penasaran gitew..dear fhm ke penasaran tu hapa? hikhikhik(^^,) nama2 ni akan aku semadikan dalam ht & ingatan aku..just 4 u my dear..
korang nak tau x nama2 tu apa? ok la..dengan rasminya aku umumkan...
gift love today:
tak mati-mati lagi..huh!
tiba-tiba,datang seorang pemberita untuk menemuramah pemuda tersebut..
"SAYA BENAR-BENAR KECEWA KERANA SETIAP KALI SAYA CUBA TERJUN BANGUNAN,SAYA TAK MATI-MATI.SEBAB ITU SAYA CUBA MEMBUNUH DIRI.."
"LAAAA..BIAR BETUL BUDAK NI?*%#*%"
~huh,moralnya:
xyah nk bunuh diri,ajal tu akan dtg
dgn sndirinya..kalo bunuh diri
xmati2,kan sndri jugak yg syusyah..
oleh itu,LU FIKIR LA SENDIRI..ahaks~
rasmi bangunan..
terdapat 2 orang pekerja buruh kasar sedang berbual-bual..
"KO RASA SIAPA YANG MERASMI BANGUNAN INI?" tanya pekerja 1.
kemudian,pekerja 2 menjawab:
"MESTLAH ORANG-ORANG BESAR & ORANG BERPANGKAT YANG MERASMIKANNYA.APA LAA KO NIE.."
dengan pantas,pekerja 1 berkata:
"SALAH"
"KENAPA PLA?" tanya pekerja 2 kebingungan..
"KO NAK TAU SIAPA?" tanya pekerja 1.
dengan menyampahnya pekerja 2 bertanya:
"HA,SIAPA?!!!"
"KITALAH,SEBAB BANGUNAN NI KITA YANG BUAT..JADI,MESTI KITA LA ORANG YANG MERASMIKANNYA.." jawab pekerja 1 dengan selamba kataknya..
"HAHHHHH?*%*%" sambut pekerja 2 kebingungan..
hehehehe(^__^)












